Tips dan panduan mengatasi masalah sakit perut dan sembelit bayi.
Saya akan berkongsi tips dan pengalaman berkenaan mengatasi masalah sakit perut dan sembelit bayi. Saya percaya setiap ibu bapa akan menghadapi masalah ini, jika tiada masalah ini, anda seharusnya bersyukur, saya pun amat bersyukur, kerana setiap yang terjadi, ada hikmahnya. Moga para ibu bapa di luar sana dipermudahkan segala urusan. Saya bukanlah doktor atau pakar dan saya tiada latarbelakang dalam perubatan. Saya hanyalah ingin berkongsi kepada masyarakat di luar sana khususnya kepada para ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, semoga bermanfaat dan berguna sebagai panduan.
Pada 28 Ogos 2016, lahirlah puteri sulung saya dan isteri, bayi perempuan yang sangat comel. Kehadiran bayi anugerah dari tuhan yang tidak ternilai, kami berdua berasa amat bersyukur. Bagai berada di taman syurga, hehehe, kegembiraan yang tidak terkata.
Kisah ini bermula semasa anak kesayangan saya berumur lebih kurang 1 bulan lebih, seperti yang kita ketahui, khusus nya ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, cara bayi berkomunikasi ialah dengan melalui tangisan. Jika bayi lapar ataupun sebagainya, bayi akan mula menangis, jika behenti menangis semasa menyusukan, bermaksud bayi lapar, hehehe, bayi cuma hanya pandai menangis untuk berkomunikasi dengan kita.
Begitu juga jika bayi sakit, bayi akan mulai menangis, tetapi tangisan nya tidak seperti semasa lapar, tangisannya akan menjadi lebih kuat dan tidak berhenti, semasa ini lah akan tercetus panik kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan bila berhadapan dengan situasi tersebut. Saya juga panik pada pertama kalinya, tetiba bayi menangis kuat daripada biasa. Tidak lama selepas itu, bayi buang angin, bayi pun berhenti nangis. Beserta dengan najis. hehehe.
Pada awalnya memang tidak perasan, tanda-tanda awal ialah yang dapat diperhatikan dari najis bayi. hehehe. Sedikit cair, tetapi bukan cirit, jika cirit, di ingatkan bawa bayi ke klinik untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dengan kadar segera. Tanda lain ialah, apabila selepas menyusu, bayi akan menangis, pastikan bayi sendawa selepas menyusu(ini sangat penting). Setiap kali selepas menyusu, bayi akan sakit perut(masuk angin/perut kembung). Dalam sehari, ada sekali atau dua kali bayi akan sakit perut, kalau sehari tidak ada sakit perut, memang sangat bersyukur.
Bagi saya, minyak kelapa adalah yang terbaik untuk merawat bayi jika sakit perut/masuk angin. Cukup hanya dengan sapu minyak kelapa pada bahagian pusat. Dengan izin tuhan, dengan segera sakit perut beransur pulih. Jika gejala berlanjutan, sila dengan kadar segera bawa bayi anda kepada pakar bayi. Minyak kelapa anda boleh dapati di pasaraya dan tempat-tempat lain yang mungkin ada.Tetapi jika anda berkeinginan untuk membuat/memproses sendiri minyak kelapa, cara-cara pembuatan nya ada di SINI .
Tetapi, adakah cukup jika kita hanya merawat, tetapi puncanya tidak diketahui. Saya juga telah bawa bayi kepada pakar bayi, pakar bayi menasihatkan saya supaya menukar susu yang sedia ada, saya pun tidak pasti susu rumusan bayi yang sesuai. Di klinik pakar bayi juga ada menjual susu rumusan bayi, saya dicadangkan untuk membeli susu berkenaan atas nasihat pakar. Saya beli pek kecil, supaya tidak membazir.
* Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi..
Ketika bayi berusia 1 bulan lebih bayi mulai menyusu susu rumusan Similac1, keadaan bayi beransur baik, syukur sangat-sangat. Seperti mana yang diketahui bayi berusia sebulan atau pun kurang dari 6 bulan, sistem penghadamannya sangat sensitif terhadap perubahan. Perlu berhati-hati dalam pemilihan susu, disarankan jika ingin menukar susu, beli pek yang kecil, caranya ialah dengan beselang-seli dengan susu yang lama. Contohnya jika bayi menyusu 10 kali sehari, susu tepung rumusan yang baru, cuma diberikan sekali sahaja untuk hari pertama, hari kedua, dua kali, begitulah seterusnya sehingga bayi dapat menerima sepenuhnya susu rumusan tersebut. Cara ini ialah untuk meminimumkan alergi terhadap susu baru.
* Jika susu baru menyebabkan alergi, sila berhenti dengan kadar segera dan pilih susu yang lain pula.
Syukur, bayi dapat menerima sepenuhnya susu rumusan tersebut, tetapi untuk jangkamasa sebulan sahaja. Apabila bayi berumur 2 bln lebih, bayi mulai sakit perut kembali, saya menjadi binggung, tak tahu apa yang perlu dibuat. Saya baru teringat, saya alergi kepada laktosa, buktinya apabila saya giat besenam, kira nak badan sado lah katakan, hehehe, saya minum susu protein, dan saya mengalami cirit-birit, setiap kali saya minum susu tersebut setiap kali cirit, mana tahan. hahaha. Jadi, salesgirl tempat saya beli protein mencadangkan saya supaya beralih kepada protein tanpa laktosa ataupun protein yang bukan bersumberkan produk tenusu. Saya cuba dan selepas itu, tiada lagi cirit-birit.
Berbalik kepada topik, melencong pulak dah, hehehe, saya ke pasaraya untuk memilih susu rumusan bayi tanpa laktosa. Setiap jenama susu rumusan akan ada produk mereka susu rumusan bayi tanpa laktosa, ada yang pek kecil dan pek besar, kalau boleh, cari pek kecil. Tetapi, kadang-kadang hanya tersedia pek besar dan susah untuk didapati. Jika tidak ada, anda boleh beli dari platform online seperti shoppe, lazada dan sebagainya. Ada juga terdapat di farmasi.
Lama juga saya memilih susu rumusan bayi tanpa laktosa, saya cari disetiap pelusuk bandar, susu rumusan bayi tanpa laktosa ada dua jenis kalau tidak silap, iaitu susu berasaskan produk soya dan tenusu yang bebas laktosa (telah diproses untuk singkirkan laktosa). Kalau susu rumusan tanpa laktosa berasaskan soya, disitu tertulis amaran lebih kurang seperti dibawah:
* Susu berasaskan soya sesuai untuk bayi berusia 6 bulan dan ke atas.
Melihat kepada amaran, saya pun tak berani hendak beli, dan setelah semak semua label, akhirnya saya menjumpai susu rumusan bayi yang saya cari iaitu susu rumusan khas tanpa laktosa, Similac LF (lactose free).
Setelah itu, saya terus tukar susu bayi dengan cara yang telah saya sebut tadi. Syukur, bayi dapat menerima sepenuhnya susu Similac LF, sakit perut pun tiada lagi. Memang sangat-sangat bersyukur. Bayi pun sangat selesa, kerana tiada lagi sakit perut. Saya dan keluarga pun sangat bersyukur dan gembira. hehehe. Masalah sakit perut pun selesai kerana berkemungkinan alah kepada laktosa. Selepas beberapa bulan iaitu apabila bayi mencapai umur 6 bulan, timbul pula masalah sembelit. Seperti yang diketahui bayi pada usia 6 bulan, digalakkan makan makanan bayi selain daripada susu rumusan. Contohnya bubur. Sila jaga pemakanan bayi dan peka kepada perubahan semasa memberi bayi makan bubur. Kesian juga dengan bayi, tetapi tidak sampai ke tahap kritikal, jadi saya pun mengambil keputusan untuk menukar susu bayi.
* Sistem penghadaman bayi adalah berbeza, kerana saya dapat tahu melalui rakan-rakan lain, kebanyakkan anak-anak mereka dapat terus menerima sepenuhnya susu yang random pick, tanpa ada masalah sakit perut ataupun sebagainya. Ini yang dikatakan rezeki, seperti yang saya katakan, setiap perkara ada hikmahnya, saya bersyukur seadanya.
* Seperti mana yang diketahui, ubat-ubatan tidak digalakkan diberikan kepada bayi berusia 2 tahun kebawah. Sebagai altenatif, Similac LF atau susu rumusan khas tanpa laktosa jenama lain boleh diberikan kepada bayi ketika sakit perut atau cirit atau muntah supaya mempercepatkan kesembuhan bayi. Dikuatiri jika kita beri susu berlaktosa akan menyebabkan sakit yang tersebut lambat sembuh dan semakin teruk.
Saya memilih susu mengikut kemampuan saya juga, saya tidak dapat membeli susu yang diluar kemampuan saya. Hampir kesemua susu rumusan bayi saya telah coba beri kepada bayi, kecuali yang harga mahal. hehehe. Caranya sama seperti yang telah saya sebutkan di atas, beli pek kecil dan cuba beri susu kepada bayi secara berperingkat, ini adalah untuk meminimumkan alergi kepada bayi dan supaya bayi dapat menerima perubahan secara berperingkat, jika ada gejala-gejala seperti muntah, cirit, ruam dan sebagainya ataupun bayi masih sembelit ketika tukar susu. Sila hentikan serta merta dan cuba susu rumusan yang lain pula. Sehinggalah saya menemui susu rumusan bayi, Nestle Nan Pro Langkah 1.
Setelah bayi menerima sepenuhnya susu rumusan Nestle Nan Pro Langkah 1, syukur, masalah sembelit tiada lagi, Apabila bayi berusia 1 tahun, niat di hati nak tukar susu rumusan kepada langkah 3 iaitu untuk kanak-kanak 1 sehingga 3 tahun. Tetapi, tidak berkesampaian kerana masalah sembelit datang kembali. Terpaksa lah kekalkan Nestle Nan Pro 1 sehingga bayi berumur 2 tahun 6 bulan. Puteri kesayangan saya dah berstatus kanak-kanak. hehehe. Sila kawal juga pemakanan anak kerana pada umur 1 tahun, anak boleh mulai makan nasi dan tidak bergantung 100% dengan susu rumusan. Episod sembelit akan datang bila-bila masa sahaja mengikut keadaan sistem penghadaman anak. Anda perlu memastikan punca sembelit tersebut samada dari susu rumusan ataupun makanan-makanan bayi yang lain. Jika sembelit berpunca dari susu rumusan, anda perlu menukar susu yang lain. Jika berpunca dari makanan, anda perlu mengawal pemakanan anak anda. Caranya ialah dengan memerhati warna najis nya. hehehe.
Apabila anak saya berusia 2 tahun 6 bulan, saya telah menukar susu rumusan kepada Sustagen Junior 1 perisa asli, untuk kanak-kanak 1 sehingga 3 tahun. Seperti yang diketahui, susu rumusan jenama sustagen adalah untuk kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas, syukur, episod sembelit tiada lagi. Ketika umur anak 2 tahun ke atas, kebiasanya sembelit berpunca dari makanan yang kita beri, tidak pada susu, kerana pada umur ini, sistem penghadaman anak telah meningkat matang.
Genap umur anak 3 tahun, anak saya beralih kepada susu tepung rumusan Sustagen Kid 3+ perisa asli, untuk kanak-kanak 3 hingga 6 tahun tanpa sebarang masalah, syukur. Berkemungkinan anak saya sekarang dapat menerima mana-mana jenama susu rumusan, tetapi tidak mengapa, harga susu rumusan masih dalam kemampuan saya dan saya juga hendak susu rumusan terbaik untuk anak saya.
Kesimpulannya, setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai ketahanan antibodi yang berbeza, bekemungkinan anak saya mempunyai penghadaman yang sensitif, sama seperti saya, hehehe. Sentiasa peka dengan perubahan anak, jika gejala berlarutan, segera bawa anak berjumpa pakar bayi. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan menjadi panduan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan