Mengatasi masalah brek drum jem
Kali ini saya akan berkongsi mengenai mengatasi masalah brek drum jem, seperti yang diketahui, hampir kesemua motorsikal dibawah 150 cc menggunakan sistem brek drum termasuk yamaha rxz 135, kecuali yamaha 125zr dan beberapa jenis motorsikal yang saya tidak sebutkan menggunakan sistem brek cakera. Kebiasaan brek drum digunakan pada tayar belakang, tetapi ada juga motorsikal yang mengunakan brek drum di bahagian depan dan belakang.
Kereta juga menggunakan sistem brek drum, cuma mekanisme nya sahaja yang belainan, kereta menggunakan hydraulic manakala motorsikal menggunakan kabel. Tetapi asasnya tetap sama, iaitu masih menggunakan drum dan brek shoe.
Fungsi brek drum
Saya akan menerangkan secara ringkas berkenaan fungsi brek drum. Mengapa motosikal atau kereta masih menggunakan sistem brek drum, walaupun sistem brek drum agak ketinggalan zaman? Jawapannya ialah, sistem brek drum digunakan secara meluas kerana cengkaman brek nya sesuai dengan lebar permukaan tayar yang kecil. Saiz tayar juga memainkan peranan penting, semakin lebar tayar, semakin tinggi cengkamannya. Cengkaman brek drum sesuai untuk tayar kecil, kerana fungsi utamanya ialah memperlahankan motorsikal dan untuk keselamatan penunggang motorsikal. Seperti yang kita tahu, brek cakera amat mencengkam, sebab itulah tidak sesuai pada tayar kecil, kerana itu juga brek drum masih digunakan sehingga sekarang.
Cara membrek dengan betul.
Kebanyakkan orang masih tidak mengetahui bagaimana cara membrek dengan betul, termasuk saya sendiri. hehehe. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri berdasarkan proses trial and error, sehingga saya mempunyai motorsikal yang ketiga, saya amati, barulah saya tahu cara membrek dengan betul. Sistem brek kereta sangat selamat jika dibandingkan dengan motorsikal, kerana mempunyai 1 pedal sahaja untuk keempat-empat tayar, berbanding dengan motorsikal, 1 brek 1 pedal, maksudnya dua brek, akan ada 2 pedal.
Seperti yang telah saya nyatakan diatas, brek drum adalah berfungsi memperlahankan motorsikal dan brek depan ialah fungsinya memberhentikan motorsikal. Kebanyakan orang termasuk saya sendiri juga bergantung sepenuhnya pada brek drum (brek belakang) apabila membrek. Cara ini tidak sesuai jika permukaan jalan yang basah dan licin, kerana akan menyebabkan motorsikal sliding jika dipijak pedal dengan kuat.
Cara yang betul ialah dengan menarik dan memijak pedal depan dan belakang secara serentak, kekuatan pijak dan tarik pedal ini harus diseimbangkan bagi mengelakkan kemalangan. Jika terlebih pijak pada pedal belakang, akan menyebabkan motor sliding, jika terlebih tarik pada pedal brek depan, anda juga tahu apa akan terjadi, sebab itu lah perlu kekuatan yang seimbang sehingga motorsikal berhenti dengan sepenuhnya.
Bagaimana pula jika brek secara tiba-tiba? atau istilah yang kita selalu guna emergency brake? Caranya ialah memijak dan menarik pedal dengan kuat secara serentak. Tetapi kekuatan pada brek belakang perlu lebih sedikit dari brek depan. Sentiasa jaga jarak motorsikal dengan kenderaan di hadapan, kawal kelajuan di jalan yang sesak serta perlu sentiasa lebih peka di jalan yang banyak persimpangan.
Punca brek drum jem.
Bagaimana brek boleh jem? Ini yang selalu diperkatakan kebanyakan penunggang motorsikal, walaupun dah tukar brek shoe yang baru. Saya pengguna kereta dan juga motorsikal. Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan brek motorsikal tidak tahan lama, 3 hingga 5 bulan, brek akan jem kembali berbanding dengan kereta, tahan lasak dari 1 tahun sehingga ada yang kereta berusia 7 tahun pun brek drum nya masih dalam keadaan yang terbaik.
Punca sebenarnya ialah habuk yang terhasil dari brek shoe itu sendiri, brek shoe kebanyakkannya diperbuat daripada fiber. Apabila brek shoe bergeser dengan drum, sedikit demi sedikit brek shoe terhakis dan terjadilah habuk.
Habuk ini jugalah yang membuatkan brek kurang mencengkam dan menghasilkan bunyi. Habuk akan mengurangkan geseran brek shoe terhadap drum (cengkeman brek).
Dalam video berdurasi 10 saat di atas, anda dapat lihat apabila pedal brek dipijak, brek akan jem sedikit, walaupun sedikit, ia akan mengakibat kejadian yang tidak diingin berlaku, lebih-lebih lagi apabila di atas permukan jalan yang basah dan licin. Saya pernah mengalami nya dan hampir kemalangan. Situasi di atas sangatlah merbahaya.
Cara mengatasi masalah brek jem.
Caranya cukup mudah dan percuma, ialah dengan membersihkan drum dan hub daripada habuk. Apabila sudah bersih dan bebas daripada habuk, brek akan berfungsi dengan baik. Sediakan berus lembut dan gunakan w40, semburkan drum dan hub, berus seluruh kawasan drum dan hub sehingga bersih. Jika anda ingin hasil yang terbaik, anda boleh gunakan minyak petrol dan berus untuk membersihkannya. Jika anda ada alternatif lain selain dari yang saya sebutkan pun boleh juga. Asalkan drum dan hub bersih. Brek shoe sebaiknya dibersihkan dengan menggunakan berus sahaja. Dibimbangi fiber akan tercabut dari brek shoe,jika menggunakan minyak petrol atau w40.
Saya galakkan anda memakai topeng muka supaya habuk tidak memasuki saluran pernafasan, berhati-hati semasa membersihkannya.
Brek drum diatas adalah brek drum motorsikal jenis yamaha ss2/ss 110cc. Walaubagaimanapun, brek drum motorsikal lain juga kebiasaannya sama seperti diatas, yang berlainan hanyalah saiz bearing dan saiz brek shoe. Seperti yang anda dapat lihat pada gambar diatas, sebelum dibersihkan terdapat banyak habuk dan kotoran, saya pun tidak pasti, berapa lama drum dan hub tidak dibersihkan. hehehe. Itu sahaja yang saya mampu buat. Kotoran inilah yang menyebabkan brek jem, brek berbunyi dan brek kurang mencengkam. Semua masalah selesai dengan hanya membersihkan drum dan hub. Pastikan brek shoe dalam keadaan baik, jika brek shoe telah haus, gantikan dengan yang baru, kerana apabila dibiarkan akan menyebabkan drum rosak.
Kemungkinan jika drum rosak, susah untuk dibaiki kerana berdasarkan pengalaman saya, jarang ada bengkel yang menyediakan perkhidmatan skim drum. Mahu tak mahu, kena tukar ganti drum, kalau rim spoke(lidi), anda boleh tukar drum termasuk lidi yang baru. Jikalau sport rim, kena tukar 1 set rim, itu pun kalau ada jual rim belakang sahaja. Kebiasaannya rim terjual depan dan belakang.
Sebelum anda memasang kembali kesemuanya, pastikan yang ada anak panah diatas anda bersihkan shaft brek lever, kerana bahagian ini lah yang menggerakan brek shoe dan tersambung pada pedal brek. Anda juga boleh oleskan gris sedikit atau sembur dengan w40. Jika anda telah berbuat demikian, kesemuanya sudah pun selesai dan anda boleh lah memasang kembali kesemuanya.
Kesimpulan
Pastikan brek drum diselenggara secara berkala supaya brek dalam keadaan yang optimum sepanjang masa. Untuk brek depan atau brek cakera saya akan kongsikan di entri yang akan datang. Sekian perkongsian saya, semoga bermanfaat bagi sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Artikel yang berkaitan dengan brek drum:
Ulasan
Catat Ulasan