Cuci dan basmi kuman mesin basuh
Entri kali ini saya akan berkongsi bagaimana cara mencuci dan membasmi kuman pada mesin basuh. Di zaman kini mesin basuh amatlah penting, kerana ianya menjimatkan masa dan tenaga. Terdapat dua jenis mesin basuh, iaitu manual dan auto. Kedua-dua jenis saya sudah gunakan.
Keduanya bergantung dengan kecukupan kehidupan seharian saya, sebelum berkahwin, mesin basuh manual menjadi pilihan saya, kerana saya tinggal sendirian serta pakaian dalam sehari kurang dari 10 helai, jadi mesin basuh manual amatlah sesuai bagi saya. Apabila mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang bayi yang comel, pakaian pun bertambah dan mesin basuh auto menjadi pilihan saya. hehehe. Dengan pakaian yang banyak, amat sesuai bagi saya menggunakan mesin basuh automatik, ianya menjimatkan masa dan tenaga.
Saya ingin berkongsi sedikit tips, seperti dapat diperhatikan dalam gambar, saya telah gunakan kepala paip jenis barb, adapter mesin basuh yang lama saya potong dan masukan hos ke kepala paip jenis barb serta clamp kan. Cara ini dapat mengatasi masalah air bocor dan menitis. Terdapat juga kepala paip yang dikhaskan untuk mesin basuh, plug and play sahaja. Terpulang kepada anda untuk memilih.
Cara mengenal pasti samada mesin basuh perlu dicuci atau tidak.
Caranya cukup mudah, perhatikan jika pakaian yang telah selesai di cuci masih berbau yang kurang menyenangkan walaupun pakaian telah direndam dahulu tetapi masih tetap berbau. Saya juga menggunakan cecair pelembut dan pewangi fabrik tetapi masih tetap berbau yang kurang menyenangkan. Ini akan menimbulkan rasa tidak selesa apabila memakai pakaian tersebut.
Lebih-lebih lagi pakaian bayi, seperti mana yang diketahui, kulit bayi lebih sensitif dari orang dewasa, apabila pakaian berbau yang kurang menyenangkan, tentulah berpunca dari kotoran yang ada pada mesin basuh. Lebih parah lagi jika, badan bayi timbul bintik-bintik termasuk saya sendiri. hehehe. Dipercayai apabila ada kotoran, ada jugalah kuman. Bayangkan dalam masa beberapa tahun, berapa banyak dah kotoran yang melekat pada mesin basuh.
Seperti dalam gambar, luaran nampak bersih dan berkilat, tetapi saya tidak mengetahui berapa banyak kotoran yang ada di sebalik dinding dan dibawah celah-celah. Bahagian luar saya dapat bersihkan, tetapi bahagian dalam bagaimana pula? Solusinya ada pada perenggan dibawah.
Cuci dan basmi kuman mesin basuh.
Apabila pakaian berbau dan menyebabkan tumbuh bintik-bintik, saya perlu mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Nak tukar mesin baru, saya pun tidak bekemampuan, lagipun mesin masih dalam keadaan baik.
Caranya cukup mudah dan murah dengan hanya menggunakan cecair peluntur pakaian. Sedangkan saya sendiri meragui pada mulanya, saya selalu gunakan cecair peluntur pada mangkuk tandas sahaja, dan ianya sangat berkesan, segala kotoran pada mangkuk tandas hilang tanpa perlu menggosok menggunakan berus tandas. Cuma perlu dibiarkan dalam tempoh 3 jam atau semalaman. Seperti yang diketahui juga, cecair peluntur juga adalah pembasmi kuman.
Jadi saya juga ingin mencuba pada mesin basuh, pada awalnya ianya adalah experimen untuk menguji samada berjaya atau tidak.
Kebanyakkan mesin basuh terkini menyediakan mode cuci, memandangkan mesin basuh saya berusia 6 tahun, mode yang tersedia hanyalah soak.hehehe. Jika tiada fungsi soak, boleh lah guna fungsi cucian heavy, jika tiada fungsi cucian biasa juga boleh.
Caranya adalah seperti berikut:
Caranya adalah seperti berikut:
- Sediakan cecair peluntur 500ml atau 1 liter.
- Aktifkan mode soak atau heavy wash atau mode clean mesin basuh.
- Pastikan paras air mesin basuh ialah pada aras max (jika cucian biasa atau heavy).
- Tekan butang start, dan mesin akan mulai mengisi air, semasa mesin mengisi air, masukan 500 ml atau setengah botol cecair peluntur.
- Tunggu sehingga air mencapai paras max atau sebelum mesin mulai mencuci, berhentikan proses dan off kan mesin basuh.
- Biarkan mesin basuh bersama air dan cecair peluntur sekurang-sekurangnya 3 jam. Untuk mendapat hasil yang maksimum, biarkan semalaman. Ini adalah untuk memastikan campuran air dan cecair peluntur mengakis kotoran degil dicelah-celah mesin basuh.
- Setelah 3 jam, ataupun selama mana yang di mahu, mulai mencuci seperti biasa menggunakan mode yang telah sebutkan diatas.
- Selepas proses cuci, untuk menghilangkan bau cecair peluntur, cuci sekali lagi menggunakan cecair atau serbuk pencuci pakaian tanpa ada pakaian di dalam mesin basuh. (untuk bilas sisa-sisa kotoran atau bau cecair peluntur).
- Jika masih ada bau cacair peluntur, ulang proses diatas sehingga bau hilang.
- Selepas itu, cuci pakaian dengan mesin yang bersih dan telah dibasmi kuman.
Apabila melihat kotoran yang bertahun bertapak di mesin basuh, sangat berpuas hati dan tidak disangka, diluar nampak bersih, tetapi didalam sangat kotor. Nampak macam remeh, tetapi itu lah hakikatnya. Saya pun selalu terlepas pandang, saya selalu menukar cecair atau serbuk pencuci kerana saya berpendapat cecair atau serbuk tidak sesuai dengan pakaian. Rupa-rupanya, mesin basuh yang menjadi dalang selama ini. hehehe.
Selepas beberapa hari, pakaian yang dibasuh menggunakan mesin basuh yang telah di cuci dan di basmi kuman tiada lagi bau yang kurang menyenangkan dan pakaian tampak bersih dan harum.
Kesimpulan
Experimen saya telah berjaya dan mendatangkan hasil. Saya sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Terdapat juga pelbagai cara lain untuk cuci dan basmi kuman bergantung dengan kesesuai anda. Anda berhak memilih mana yang terbaik. Untuk mesin basuh bersih sepenuhnya, mesin perlu dibongkar dan dicuci, tetapi saya tidak mempunyai kepakaran tersebut, bimbang pula jika dah bongkar, bila pasang balik tidak pandai. Itu yang jadi masalah, ini sahaja lah yang saya mampu buat. Cuci dan basmi mesin basuh perlu dilakukan secara berkala, contohnya 3 bulan sekali atau sebulan sekali atau selama tempoh yang difikirkan perlu. Sekian sahaja perkongsian saya berkenaan cuci dan basmi mesin basuh, semoga bermanfaat kepada yang memerlukannya.
Ulasan
Catat Ulasan