Cuci dan basmi kuman mesin basuh
Entri kali ini saya akan berkongsi bagaimana cara mencuci dan membasmi kuman pada mesin basuh. Di zaman kini mesin basuh amatlah penting, kerana ianya menjimatkan masa dan tenaga. Terdapat dua jenis mesin basuh, iaitu manual dan auto. Kedua-dua jenis saya sudah gunakan. Keduanya bergantung dengan kecukupan kehidupan seharian saya, sebelum berkahwin, mesin basuh manual menjadi pilihan saya, kerana saya tinggal sendirian serta pakaian dalam sehari kurang dari 10 helai, jadi mesin basuh manual amatlah sesuai bagi saya. Apabila mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang bayi yang comel, pakaian pun bertambah dan mesin basuh auto menjadi pilihan saya. hehehe. Dengan pakaian yang banyak, amat sesuai bagi saya menggunakan mesin basuh automatik, ianya menjimatkan masa dan tenaga. Saya ingin berkongsi sedikit tips, seperti dapat diperhatikan dalam gambar, saya telah gunakan kepala paip jenis barb, adapter mesin basuh yang lama saya potong dan masukan hos ke kepala...