Panduan dan tips tukar pump brake belakang & brake bleeding proton saga flx/blm/sv,
Di post ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana tukar brake pump dan brake bleeding. Saya tidak menggalakkan orang baru belajar untuk terus tukar brake pump, nanti dah setengah jalan, putus asa, kereta terbengkalai, hehehe. Tepaksa panggil mekanik untuk sambung kerja yang terbengkalai. Sebaliknya memadai tukar brake shoe atau bersihkan kotoran yang ada pada hub dan brake. Diy benda yang mudah dahulu, bila dah ada keyakinan tinggi, dan ada kelapangan serta mempunyai alat-alat yang diperlukan, boleh lah mulai.
Brake pump pun telah ditukar, fuh, syukur. Dapat pasang juga akhirnya.hehehe. Perlu diingatkan ketatkan brake line dan nipple dengan berhati-hati. Jangan sampai bocor atau pun loose. Part ini paling saya fobia. Untuk memastikan samada bocor atau tidak, kenalah sentiasa periksa level minyak brake di tangki reservoir. Jika tiada kebocoran, minyak tidak akan berkurang. Gambar di atas ialah cara nak brake bleeding. Sambungkan saja hos, buka nipple dengan perlahan dan pumpkan sehingga tiada buih udara keluar. Jika guna brek bleeder diy, hos dan tabung tu sahaja sudah memadai. Diingatkan sekali lagi, periksa level minyak di reservoir, pastikan level minyak tidak rendah dari level min. Pasangkan semula kesemuanya di tempat asal. Setakat ini sahaja perkongsian saya, saya bukan lah mekanik, saya cuma orang biasa yang ingin memcuba untuk diy. Sekian, diharap perkongsian saya memberi manfaat kepada orang lain yang ingin belajar..
Ada juga dalam versi video... layan... hehehe
Pada pendapat saya, brake pump ini memang tahan lama, cuma yang menyebabkan brake tidak mencengkam ialah kotoran yang ada pada hub dan brake. Kotoran ini datangnya dari brake shoe yang bergeser dengan hub, apabila sampai satu tahap, kotoran banyak, kotoran itu lah yang akan mengurangkan geseran, menyebabkan brake kurang mencengkam, atau yang lebih mudah brake tak makan, hahaha. Jika brek pump ini jem atau bocor, perlu di ganti dengan kadar yang segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Cara nak pastikan bahawa brek pump jem ialah semasa nak buka wheel hub, sangat susah untuk membukanya. Brek pump bocor boleh dipastikan dengan memeriksa tank reservoir samada berkurang atau tidak. Saya akan terangkan lebih lanjut beserta gambar.
Advertisements
Advertisements
Sekiranya kereta masih dalam warranty, kebiasaannya 3 hingga 5 tahun atau 100000 km yang mana terdahulu. Sebaiknya perlu di hantar ke pusat service yang telah ditetapkan untuk mengelakkan waranty void. Kerana jika kita buka sendiri atau hantar ke bengkel lain, kebiasaannya pihak pusat service tidak akan bertanggungjawab.
Ketahanan brake shoe dan brake pump saya tidak berapa pasti, bergantung dengan cara pemanduan, jarak pemanduan, kekerapan brake dan sebagainya. Kalau minyak brek, ada dalam buku manual masing-masing, bila nak kena tukar.
Sebelum mulai, kena pastikan minyak brek jenis dot 3 atau dot 4. Kebiasaan nya ada panduan pada reservoir cap samada dot 3, atau dot 4. Kalau proton saga sv, brek dan clutch berkongsi master pump yang sama, jadi minyak brek yang digunakan ialah dot 4. Minyak brek dot 4 ini ialah kebiasaan nya adalah untuk clutch. Bergantung jenis kenderaan, ada kereta yang mana clutch dan brek tidak berkongsi pump master dan ada juga yang clutch masih menggunakan cable. Dalam buku manual pun ada, sila semak untuk mempastikannya.
Sebelum mulai, sebaiknya sedia kan minyak dot 4 lebih kurang 500 ml.
Pastikan tayar depan kiri dan kanan di sedal dengan objek yang besesuaian, seperti bata atau alat yang khas atau objek-objek lain yang sesuai. Ini adalah kerana kita akan buka tayar bahagian belakang dan handbrake perlu di lepaskan.
Jek kan dan alas jek dengan kotak, supaya bahagian yang dijek tidak calar, kerana jika calar, boleh menyebabkan karat.
Sentiasa mengutamakan keselamatan, gunakan jek stand, jangan sesekali mengharapkan jek semata-mata. Cara yang lebih selamat ialah jek sebelah tayar sahaja. Tidak digalakkan jek dua belah tayar sekaligus.
Keluarkan tayar, guna socket saiz 30 mm untuk buka nut hub. Pada keadaan ini, jangan lupa lepaskan handbrake, kalau lupa, nak keluarkan hub memang sampai bila pun tak dapat. hehehe. Tips nya di sini, jika hub sangat susah untuk dikeluarkan, bermakna brake pump jem.
Seperti dalam gambar brek drum telah dikeluarkan, susah juga nak keluarkan, guna tukul baru dapat dikeluarkan. Anak panah menunjukkan habuk-habuk hasil daripada geseran brek shoe, guna berus lembut untuk membersihkannya, kalau boleh guna topeng muka untuk mengelakkan habuk masuk ke saluran pernafasan. Sangat bahaya, utamakan keselamatan. Safety first.
No. 1 ialah nipple untuk bleeding ataupun untuk buang angin. hehehe. No. 2 ialah brake line dari master pump dan no. 3 ialah bolt yang mengikat brek pump dengan hub. Ketiga-tiga ini perlu di longgarkan dan dibuka dan menggunakan spanner size 10 mm untuk membuka. No. 2 dan No. 3 sangat susah dibuka jika menggunakan spanner biasa, lebih baik perlu ada flare spanner. Lebih mudah untuk melonggarkan dan mengetatkan menggunakan flare spanner. Perlu dilakukan dengan berhati-hati, kepalanya lebih mudah loose. Part ini lah yang membuatkan saya hampir berputus asa. hahaha. Sebelum membuka yang di atas, sila pastikan minyak brek pada level max di reservoir, kerana apabila no. 2 dibuka, minyak brek akan sentiasa mengalir, dan proses menukar brek pump perlu dilakukan dengan pantas. Jika tidak dilakukan dengan pantas, minyak brek akan habis dan menyebabkan masuk angin. Bermaksud akan banyak buih udara dalam brake line serta brake tidak akan berfungsi pada tahap maksimum. Umpama tikus membaiki labu.... hehehe. Nak pasang brake line ke pump, bagi saya sangat sukar... hampir nak menangis. hahaha.
Saya menggunakan brake bleeder kit untuk melakukan proses brake bleeding, jika nak guna brake bleeder diy pun boleh juga. Fungsinya tetap sama,cuma yang ini lebih memudahkan kerja.
Brake pump pun telah ditukar, fuh, syukur. Dapat pasang juga akhirnya.hehehe. Perlu diingatkan ketatkan brake line dan nipple dengan berhati-hati. Jangan sampai bocor atau pun loose. Part ini paling saya fobia. Untuk memastikan samada bocor atau tidak, kenalah sentiasa periksa level minyak brake di tangki reservoir. Jika tiada kebocoran, minyak tidak akan berkurang. Gambar di atas ialah cara nak brake bleeding. Sambungkan saja hos, buka nipple dengan perlahan dan pumpkan sehingga tiada buih udara keluar. Jika guna brek bleeder diy, hos dan tabung tu sahaja sudah memadai. Diingatkan sekali lagi, periksa level minyak di reservoir, pastikan level minyak tidak rendah dari level min. Pasangkan semula kesemuanya di tempat asal. Setakat ini sahaja perkongsian saya, saya bukan lah mekanik, saya cuma orang biasa yang ingin memcuba untuk diy. Sekian, diharap perkongsian saya memberi manfaat kepada orang lain yang ingin belajar..
Ada juga dalam versi video... layan... hehehe
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam