Tips untuk Menambah kelajuan dan Pecutan Yamaha ss2 110cc dengan bajet rendah.
Pada post kali ini saya akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan cara menambah kelajuan dan pecutan terutama motorsikal yamaha ss2.
Seperti yang sedia maklum, top speed standart yamaha ss adalah dlm sekitar 120 km/j. Itu pun ikut meter motor, kalau dalam gps belum di pastikan lagi. Hehehe.
Advertisements
Advertisements
Ekjos
Pastikan ekjos bebas arang. Minyak 2t adalah penyebab utama arang atau karbon. Apabila lebihan minyak 2t yang tidak terbakar sempurna, lama kelamaan arang akan terbentuk. Menyebabkan asap dan hasil dari kebuk pembakaran tidak dibuang sepenuhnya. Walaupun nampak seperti remeh,tetapi ini lah faktor utama motor loss power.
Gambar di atas ialah bahagian ekjos yang telah di bulatkan kemungkinan besar akan tersumbat. Cara nak pastikan bahawa tersumbat ke tidak ialah dengan cara mengetuk bahagian tersebut, jika bunyi padat, memang ada karbon lah. Caranya ialah dengan memotong bahagian tersebut dan buang arang kawasan tersebut, jika tidak ada alat yang sesuai boleh bawa ke bengkel motor. Pengalaman saya, lubang hanya tinggal kecil dari pensel. Saya dikenakkan bayaran sebanyak Rm 10, potong Rm 2, sambung Rm 8. Tetapi tidak banyak bengkel yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Cara yang lebih mudah ialah dengan mengantikan dengan ekjos yang baru. hahaha. Arang atau karbon akan terbentuk makan masa yang lama, mungkin setahun atau dua tahun. Dengan tidak semena rugi potong ekjos padahal ekjoz tidak sumbat.
Saya ingin berkongsi sedikit tips, ekjos standart kilang adalah yang terbaik bagi saya, ekjos racing yang biasa-biasa kualiti materialnya nipis dari standart dan hanya dapat tahan lebih kurang 2 tahun sahaja, dah abis setting tetap sama juga,bila tukar ekjos baru, baru berdesup top speed.
Blok Cylinder
Juga berkaitan dengan arang, kalau nak tukar ke spec racing pun boleh juga, cuma entry post ini adalah budget rendah. Tetapi ia akan menyebabkan connecting rod menanggung lebih dari beban nya. Kalau nak guna blok spec racing, perlu con rod yang ori.
Arang yang ada pada ekjos port perlu dibersihkan,guna lah peralatan yang sesuai, pemutar skru sudah memadai. Apabila arang terbentuk, aliran keluar hasil pembakaran akan terbatas, walaupun size arang kurang dari 1 mm. Nampak sahaja macam perkara remeh, tetapi ini akan membawa impak yang besar.
Saya cuma ada gambar ini sahaja. Hehehe. Saya harap pembaca faham apa yang di sampaikan, kalau tak faham, di alukan tanya.
Sprocket
Sprocket dapat di optimumkan penggunaannya selari dengan kekuatan enjin, contohnya apabila full throttle enjin masih bertenaga, dahagakan kelajuan. hahaha. Perlu kecikan sprocket belakang.
Kalau tak silap yamaha ss ini max spoket depan dapat digunakan ialah 15, saya tak pasti dapat tak masuk sprocket size 16, sebab saya perhatikan kalau size 16 macam tak lepas, dan pemilihan sprocket juga perlu sama size rantai, dan sprocket belakang, contoh kalau depan saiz 428, rantai dan sprocket belakang juga saiz 428. Tetapi saiz 428 ini agak besar, cuma heavy duty lah. Mungkin sesuai saiz 415. Bebalik kepada topik, Saiz sprocket depan tetapkan pada saiz 15, jadi hanya tukar saiz sprocket belakang sahaja. Anggaran rm15 untuk sprocket belakang.
Contoh apabila full throttle guna sprocket belakang saiz 36, enjin masih mengaum gagah, paling selamat kecil kan pegi 35, kalau masih lagi mengaum kecilkan lagi pegi 34, sampai tahap yang mana memang cun, tips nya ialah perlu setting carb juga, kalau terus kecilkan pegi 33, carb perlu setting juga. Gunakan konsep trial & error sampai betul-betul cun.
Karburetor
Post-post sebelum ini banyak disentuh pasal karburetor, tetapi tu pun belum habis, hahaha, jadi pesan saya, karburetor ini berperanan penting dalam semua keadaan, misalnya kalau blok spec racing pun, kalau carb tak di setting, tidak akan tahan lama dan kemungkinan besar akan jem panas.Kalau spec racing, minyak memang pun deras mengalir macam air. Kalau motor untuk pulang balik kerja. Memang tak bebaloi. hehehe. Kalau nak upgrade carb besar, saya cadangkan carb yamaha rxz, kerana mainjet dan pilotjet adalah sama, dapat masuk carb rxz, jadi dapat guna semula mj dan pilotjet. Kena sedia sekurangnya 10 biji mainjet dan 3 biji pilotjet untuk hasil yang optimum. Bajet rm50.
Reed valve
Reed valve ini fungsinya ialah mengawal kemasukan minyak dari carb ke blok. Apabila piston ke bawah, vakum akan terhasil dan valve ini akan terbuka untuk laluan minyak, dan apabila piston ke atas atau kompress, valve ini akan menutup dan menghalang minyak masuk. Maaf ya, gambar reed valve tak ada. hehehe. Reed valve racing berharga rm30 lebih, mampu untuk dimiliki sesuai dengan tajuk.
Beza standart dan racing ialah yang racing karbon nya lebih nipis dan lentur, sesuai untuk high speed manakala yang standart lebih tebal dan kurang lentur. Kalau nak jimat lagi, reed valve standart boleh di asah menggunakan kertas pasir saiz 1000. Kalau nipis sangat, reed valve boleh patah. Tetapi harus juga di ingat reed valve racing, Penggunaan petrolnya deras mengalir macam air mengalir.
Kesimpulan
Jumlah keseluruhan ialah rm10 + rm30 + rm50 + Rm15 = rm105. Rm105 sahaja. Ini adalah anggaran harga spare di online shopping. Lain tempat berbeza harga, kalau di tempat saya harganya agak mahal. Kalau nak add on carb rxz, aggaran rm120. Kalau tidak dapat buat sekali semua buat satu persatu, kadang-kadang kekangan masa juga. Paling penting sediakan main jet dan pilot jet terlebih dahulu. Sekian dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian dari saya yang tidak seberapa ini.
Kalau pakai paip on spec tinggi ke?
BalasPadammesti tu x juga, kalau pakai paip on, spec standart pun x masalah, boleh pakai, kna setting. cuma kurang ummp.
Padamkalau nak lebih ummp, kna upkan spec dr kotak angin, carb, blok, piston, dan sebagainya yg mana perlu.supaya spec seiring.
Bos crank shaft 125z kalau nak masuk ke ss1 banyak tak kena ubah?
BalasPadamyg ni saya x pasti,bos. maaf.
PadamBos masuk head block 125 kat ss lagi sedap
PadamKalau setting cantik dah tapi jem lagi pe masalah nya boleh terangkan masalah?
BalasPadamkalau jem lagi walaupun setting cantik, byk faktor bos, sebaiknya setting pada waktu tengah hari, tetapi pada waktu malam, motor akn jadi berat sedikit,telebih minyak.
Padamrisiko jem tu tetap ada walaupun setting cantik. lebih elok kalau setting lebih minyak sedikit, tetapi mtor masih power.
kalau x silap saya, yg paling awl rosak adalah piston pin dan piston bearing. kalau ada bunyi pelik pada blok, lebih baik tukar dahulu. walaupun yg dua tu rosak, setting cantik. motor masih power. cuma menunggu masa utk jem kalau tak ditukar.
Kalau motor stard tpi pakai ekzos paip ade risiko ke boss?
BalasPadamKalau ade risiko mcm mana nk elakan ?
Semua strd termasuk carb block
Risiko tetap ada, wpun guna ekjos standart.
PadamTry setting carb lebih minyak tapi motor masih power, sprocket kna kecilkan sampai secukup rasa. Tq sapot.
Hello tuan
BalasPadamNak tanya kalau motor enjin standard dan carburettor standard nak pakai ekzos yypang yang black cobra tu nak kena porting brapa mm dekat lubang head blok tu ye? Dan satu lagi carburettor kena setting ke?
kalau brp mm tu, dah besar sangat tu, silap2 motor jdi lemah. lebih baik polish shaja atau bersihkan blok dr carbon. ini berdasarkan pengalamn sya, selalunya ekjos racing x perlukan minyak yg byk/mj besar. silap2 mj standart pun x lepas. karburetor kna setting balik. kna standby mj & pj. moga2 membantu. tq sapot, tuan
Padamkalau brp mm tu, dah besar sangat tu, silap2 motor jdi lemah. lebih baik polish shaja atau bersihkan blok dr carbon. ini berdasarkan pengalamn sya, selalunya ekjos racing x perlukan minyak yg byk/mj besar. silap2 mj standart pun x lepas. karburetor kna setting balik. kna standby mj & pj. moga2 membantu. tq sapot, tuan
PadamSpec 3/4 ni mcm mna boss
BalasPadamBang kalo tngah speed moto tiba ii mesin mati masalah apa ya ? Skrng moto boleh jlan tpi kalau speed lama dia tkboleh auto jem
BalasPadamkalau mcm ni byk kemungkinan. salah satunya terputus bekalan minyak petrol dr tangki. try buka filter minyak petrol, sambung direct hos dr fuel cock ke carb. kalau masih juga, tukar hos yg besar sedikit.
Padamekjos sumbat pun boleh jdi mcm ni juga. kna cek satu persatu apa masalah.
Baru settle masalah ini motor ss 1 saya, Lepas bazir Banyak duit tukar barang (ikut recommend forman) last2 tengok masalah CDI unit hampir Kong. Tukar CDI ori baru dah settle. Bila enjin rpm tinggi CDI unit jadi lagi panas Yang Tu dia auto off power Yang pergi kat ignition coil jadi posting spark Dalam enjin.
Padamsyukur, sya pun pernah terkena juga mcm tu. yg penting kna cek basic dulu, yg mudah2. supaya x rugi. kalau sya, kna standby cdi unit atau coil plug yg biasa hanya utk test shj. utk tahu smada cdi atau coil rosak atau tidak. tq sapot
PadamBetul2, lagi until newbie 2 stroke jangan selalu fikir masalah idle motor xtentu, motor bobok dengan enjin berhenti masa top speed masalah carburettor setting ataupun CDI. Kalau Sudah lama lapik reed valve xtukar, Tanya forman bula check tu Dulu, kalau tukar pun baru RM30 setting carb cun tapi reed valve lidah rosak pun semua symptom Sama dengan masalah CDI.
Padamkalau moto standart untuk pemula nak upgrade engin bajet tukar carb je bole ke
BalasPadamboleh je, carb sja dah cukup, skali dengn intake, kalau nak lagi ump, guna intake yg boleh masuk reed rxz. klau nak saing2 rxz, kna up lagj spec.
PadamBos ape masalah kalau motor tk boleh pi laju..80 abis laju..saya baru ambil motor ss2..owner kata motor jarang jalan..kalau naik pon slow..buat pi masjid je..
BalasPadamyg ni kna cek satu persatu, mulai dr setting carb. kalau dah abis baik setting carb pun, naik g 100 je, kna cek yg lain lagi. cthnya ekjos. kalau sumbat memang motor takat tu je, x boleh pergi.
PadamKalau enjin masih standart,tapi dh tukar cdi racing,perlu tukar sekali ke coil plug biasa ke racing?
BalasPadamkalau dah tukar cdi racing, nak tukar coil plug racing pun boleh, kekalkn sja pun ok. tapi risk dia, yg cdi racing tu boleh buat part lain rosak. trutama stator coil. asal je full throotle, stator coil hangus. lagi sagu, bila dah tukar part racing, carb kena setting baik. kalau carb x mampu tampung, kna tukar carb yg lebih besar.
Padam