Punca lampu signal tidak menyala.

Lampu signal sangat penting untuk keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain nya.

Lampu signal tidak menyala secara tiba-tiba dan sehari kemudian baru perasan, selalunya motor yang tidak keluar malam. hehehe. Kebanyakan orang akan melaluinya, termasuk saya sendiri. 

Bebalik kepada topik, apabila lampu signal rosak, banyak faktor yang selalu akan menyebabkannya. Antara nya ialah signal relay dan mentol. Ini yang selalunya akan rosak. Sebelum mulai, sila pastikkan bateri pada keadaan yang terbaik. Maksud saya bila kunci pusing ke arah on, lampu neutral menyala, jadi itu bukan berpunca dari bateri.

Jika berpunca dari signal relay kebiasaannya semua lampu signal tidak menyala,jika sebelah kiri atau kanan bahagian depan dan belakang tidak menyala kebiasaannya berpunca daripada litar pintas yang berpunca dari tapak mentol atau sambungan wayar tidak ketat atau putus dan sebagainya. Kerana bahagian depan dan belakang sebelah kiri tersambung jadi satu litar.


Gambar di atas yang pada bulatan ialah kedudukan signal relay bagi motorsikal yamaha ss2. Bagi motorsikal lain tidak dapat dipastikkan dan sila semak manual motorsikal masing-masing.


Gambar di atas adalah contoh signal relay, dan boleh guna brand lain, tidak semestinya brand ini.


Gambar di atas yang dalam bulatan adalah kedudukan signal relay di yamaha ss2, yang mana telah digantikan dengan yang baru dan lampu signal telah berfungsi semula. Untuk lebih kemas dan supaya relay tidak bergetar, perlu diikat dengan cable tie. Semoga bermanfaat pada yang baru memiliki motorsikal yamaha ss2. Sekian terima kasih.

Artikel berkaitan yamaha ss2/ss 110cc:



Ada juga dalam versi video..



Ulasan

  1. Nak tanya. Kalau on kunci lampu on off tak menyala hon tak hidup signal tak hidup masalah apa yee

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni nak kna cek dulu. byk punca berlaku mcm tu. pertama sekali, cek fius bateri. kalau terbakar, tukar yg baru. kalau fius ok, cek sambungan bateri, mungkin wayar putus. kalau ok, cek suis kunci, kalau suis kunci longgar, sekejap ada sekejap x da lampu on off, kna tukar suis kunci baru. kalau suis kunci ok. baru lah vek wiring.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yamaha ss2 110cc, basic carburetor tuning Part 1

Tips untuk Menambah kelajuan dan Pecutan Yamaha ss2 110cc dengan bajet rendah.