Panduan dan tips tukar absorber racing yamaha ss2 110

Post kali ini saya akan berkongsi panduan dan tips menukar absorber yamaha ss2 110. Saya bukan mekanik atau pakar, saya akan menerangkan secara ringkas dan padat berdasarkan pengalaman saya. Seperti yang kita tahu, fungsi absorber ialah menyerap hentakkan dan menstabilkan motorsikal ketika melalui jalan yang tidak rata. Seperti telur dibalut dengan bubble wrap, di baling, berkemungkinan tidak pecah. hahaha. Contoh supaya mudah faham. hahaha. Macam tidak logik, tetapi logik juga. hehehe.

Periksa samada absorber masih elok atau tidak.

Pertama sekali yang perlu dilakukan ialah mempastikan dahulu bahawa absorber masih elok atau pun tidak, cara nya ialah dengan menguji motorsikal anda di atas permukaan jalan yang tidak rata, jika semasa pandu uji atau pun semasa rutin harian pergi dan pulang kerja, saya percaya keadaan permukaan jalan kita lebih kurang sama. hahaha. Apabila melalui jalan tersebut, jika eksober masih elok, motor tidak akan melambung dan stabil semasa melalui nya. Jika motor anda melambung atau orang sini cakap membuang dan tidak stabil serta hampir hilang kawalan, dalam erti kata lain motor tidak behenti henjut,hahaha, macam menunggang unta, perut pun senak, bermakna absorber anda perlu ditukar ganti dengan segera. Ini adalah untuk keselamatan anda dan juga keselesaan sendiri juga. Jangan hanya nak jimat semata-mata, keselamatan diri adalah lebih penting. Jika nak berjimat juga, yalah kalau belum gaji, apa boleh buat, susah juga, pastikan apabila melalui jalan yang rosak perlahankan motor dan berhati-hati.

Advertisement






Tips pemilihan absorber

Jika berhasrat ingin diy (do it yourself), pemilihan absorber perlu dilakukan dengan berhati-hati, supaya tidak tersalah beli, dan akhirnya rugi. Pastikan absorber yang ingin dibeli adalah untuk yamaha ss/ss2, ini yang paling penting, hehehe. Selain itu, samada nak absorber yang kualiti biasa, pertengahan dan terbaik (heavy duty atau racing). Disebabkan motorsikal yamaha ss ini keluaran lama, absorber pun tidak banyak pilihan. Saya mencadangkan supaya elakkan beli absorber yang mempunyai tabung, kerana dikuatiri, absorber tersebut tidak dapat di pasang dengan sempurna, kemungkinan besar tabung tersebut akan tesangkut pada tangki minyak 2t. 

Berbalik pada pemilihan absorber, saya menyarankan beli lah ikut kemampuan, kalau ada kemampuan boleh lah beli absorber kualiti bagus, saya pun guna absorber kualiti pertengahan. hehehe. Selain itu, faktor berat badan penunggang juga memainkan peranan yang penting, contohnya seperti saya sendiri, 86kg, kalau saya guna kualiti biasa memang tidak sesuai, ditambah lagi kalau ada pembonceng,silap-silap sebulan dua dan rosak balik,hehehe. Mahu atau tidak, kalau nak puas hati, tepaksa ganti absorber heavy duty, tapi saya pun tidak mampu beli absorber yang heavy duty, cukup sekadar absorber kualiti pertengahan. Kalau dapat guna hingga setahun, bagi saya, itu pun sudah cukup bagus. 

Saya memilih absorber jenama racing boy, sebenarnya saya nak absorber KYB, tetapi tidak jumpa, dengan diskaun yang berpatutan kerana pasang sendiri, tanpa berfikir panjang, saya terus beli, hahaha. 

Perhatian, saya tidak mendapat sebarang tajaan daripada sesiapa, sekadar panduan jika anda membeli absorber jenama ini, harganya lebih kurang RM150 ++. Harga berbeza mengikut tempat masing-masing. Set absorber kebiasaannya ada sekali absorber adjuster, beberapa biji collar bush dan rubber bush yang sedia terpasang pada absorber.

Panduan dan pemasangan absorber.

Disebabkan absorber yang akan saya pasang adalah bukan dikhaskan untuk yamaha ss/ss2, tetapi untuk yamaha lagenda. Alatan yang diperlukan adalah sangat minimal, kebanyakkan penunggang motorsikal mempunyainya, iaitu pemutar skru, spana size 12mm dan 14mm. Ada beberapa hal yang perlu diketahui iaitu samada absorber ini plug and play atau sebaliknya. Sebelum mulai, pastikan cover set mana yang perlu dibuka, bagi sesiapa yang telah lama memiliki yamaha ss2, sudah tentu tahu cara nak buka cover set dengan selamat tanpa ada yang patah. hehehe. Bagi yang pertama kali pasang absorber, saya akan terangkan secara terperinci tips dan panduan dengan gambar supaya lebih jelas.

Sebelum membuka cover set, jangan telepas pandang skru pada bulatan di atas, kalau terlupa pun, apabila buka cover set, pastikan buka secara perlahan, apabila ada yang tersangkut, perhatikan dulu, jika di buka dengan kuat dan kasar, sudah tentu ada cover set yang patah, kebiasaannya yang akan patah ialah pada tapak skru. Kalau dah patah tu, susah nak cakap lah, hehehe. 

Yang ini pun sama juga, tarik mengikut anak panah yang ada di atas, begitu cara yang betul, kalau di tarik ke atas, memang ada yang akan patah, oleh itu nak kena berhati-hati.

Saya telah buka cover set yang perlu dibuka untuk pemasangan absorber, gambar di atas adalah perbandingan absorber lama dan baru. Yang sebelah kiri adalah absorber lama yang mana lebih fit, tegap dan statik di tempatnya. Manakala yang sebelah kanan apabila dipasang, absorber kurang fit dan tidak tegap(free play). Ini lah masalah absorber universal yang selalu dihadapi. Untuk memastikan absorber tahan lama dan tidak rosak sebelum hayatnya, absorber perlu fit pada mounting nya. 


Dalam bulatan merah itu ialah colar bush, sebelah atas ialah colar bush racing boy dan yang sebelah bawah ialah colar bush absorber lama. Inilah yang menyebabkan absorber tidak fit dan free play. Caranya ialah dengan menggantikan colar bush racing boy denagn  yang lama, colar bush yang ada pada absorber perlu dikeluarkan, umpil dengan menggunakan pemutar skru atau benda lain yang lebih sesuai, berhati-hati. jangan sampai terluka pulak. Hehehe.

Yang ini pula, absorber pada bahagian ekjos, kena buka ekjos sedikit supaya kita dapat buka absorber. Cara nak pasang absorber ialah dengan menanggalkan kedua belah absorber lama, kerana absorber racing boy lebih panjang dari absorber lama. Jika absorber sama panjang atau jenama yang sama, bolehlah pasang satu demi satu. 

Ini yang saya jelaskan di awal tadi, jika absorber yang ada tabung kemungkinan tidak dapat di pasang sebab sangkut di tangki 2t.


Setelah selesai pasang absorber, boleh lah pasang kembali cover set dan ekjos, semasa mengetatkan nat absorber, tidak perlu lah ketatkan dengan sekuat hati, hahaha. Kebiasaannya saya akan mengingatkan berhati-hati semasa pasang ekjos, sampai saya sendiri pun pobia, hahaha, yalah, tambah kerja satu lagi. Jadi leceh. Gambar di atas setelah kesemuanya selesai, syukur. Jika diperhatikan dalam gambar, di sebelah atas pada bulatan, absorber terkena cover rantai, jangan risau, hanya sedikit sahaja dan tidak tekena rantai. Gambar sebelah bawah pula, sipi-sipi nak terkena ekjos. Belum kena lagi. hehehe.

Kesimpulan

Setelah selesai, saya juga telah pandu uji, dan mendapati absorber ini sesuai untuk kelajuan tinggi dan sangat selesa. Sesuai dengan nama racing boy. Mana tak nya, motor sangat stabil apabila melalui jalan yang tidak rata. Saya berharap permbaca memahami apa yang ingin saya sampaikan. Semoga panduan dan tips saya bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba sendiri. Sekian.

rcb absorber
Shoppe

Ada juga dalam versi video:




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Punca lampu signal tidak menyala.

Yamaha ss2 110cc, basic carburetor tuning Part 1

Tips untuk Menambah kelajuan dan Pecutan Yamaha ss2 110cc dengan bajet rendah.