Manfaat minyak kelapa dan cara-cara pembuatannya.

Saya ingin berkongsi cara-cara untuk mengekstrak minyak kelapa. Sebagaimana yang sedia maklum pokok kelapa adalah pokok seribu guna dan telah dipraktikkan dari zaman berzaman. Tidak ketinggal juga minyak kelapa, minyak kelapa diekstrak melalui santan kelapa tua.

Cara untuk mengekstrak nya juga tidak memerlukan mesin khas dan boleh diekstrak di rumah. Minyak kelapa hampir tenggelam dek zaman dengan kemunculan minyak-minyak lain seperti minyak sawit, minyak zaitun dan sebagainya.

Kegunaan minyak kelapa kebanyakkan di gunakkan untuk tujuan urutan tradisional, boleh juga digunakkan untuk menggoreng dan banyak lagi sampai saya sendiri pun tidak mengetahui nya, sesuai dengan nama gelaran pokok seribu guna. 

Berdasarkan pengalaman saya, minyak kelapa adalah yang terbaik untuk melegakan sakit sendi, sakit otot dan salah urat. Orang awam yang tiada pengetahuan tentang urutan tidak di galakkan untuk mencuba urut sendiri, sebalik nya dinasihatkan untuk sapu sahaja, sekiranya gejala berlanjutan segera merujuk kepada pakar urutan atau pakar perubatan. Sekiranya ingin mencoba sendiri, itu adalah risiko sendiri.

Berbalik kepada topik, hehehe, cara mengekstrak nya cukup mudah.
Pertama kali, sediakan beberapa biji kelapa tua, sediakan sekurangnya 11 biji, dalam gambar di atas ada 9 biji, 2 biji telah diparut dengan parut manual. Tak sanggup nak parut manual, letih dan leceh. Kalau 11 biji, kebiasaannya akan dapat ekstrak lebih kurang 500ml begantung dengan saiz kelapa. 
Yang ini telah dibelah menggunakan belakang parang, jangan guna mata parang. 
Yang ni mesin parut mak saya punya, terpaksa pinjam, kerana tidak sanggup parut manual. Hahaha. Kalau nak lebih mudah, beli kelapa parut, cuma agak mahal sedikit.
Dah selesai memarut kelapa, hati-hati kalau guna mesin, tangan boleh terluka. Tiba masanya untuk perah santan, saya perah secara manual, kalau untuk kegunaan luar, guna air paip sahaja, kalau untuk minyak menggoreng lebih elok guna air yang di masak. 
Pastikan tapis santan semasa memasukkan ke dalam kuali, kalau boleh guna kuali besar yang guna untuk kenduri tu. hehehe. Saya guna apa yang ada ja. Guna api besar, sentiasa tambahkan santan sampai habis. Kalau kuali besar, lebih mudah.. sekali kerja, tak perlu tambah tambah santan. Tidak perlu sentiasa di gaul. 
Keadaan ini adalah selepas beberapa jam, yang mana minyak mula mengasing. Masak sehingga minyak dan lebihan santan tidak bercampur. 
Sudah siap.. akhirnya siap juga, saya tidak lah pakar, temasuk ini, baru 3 kali buat sendiri. Pertama kali memang tidak menjadi. Hehehe. Practice make perfect. Sebelum ini tolong mak buat, sedikit sebanyak belajar. Keseluruhannya memerlukan lebih kurang 5 jam untuk siap sepenuhnya. Selamat mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Punca lampu signal tidak menyala.

Yamaha ss2 110cc, basic carburetor tuning Part 1

Tips untuk Menambah kelajuan dan Pecutan Yamaha ss2 110cc dengan bajet rendah.