Cara mengatasi masalah skru blok ekjos loose

Entri kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai cara-cara untuk membaiki thread yang kebanyakkan nya pengguna motorsikal 2 stroke khususnya yamaha ss/ss2 110.

Seperti yang sedia maklum, blok silinder motorsikal khususnya 2 lejang ataupun 2 stroke diperbuat daripada aluminium. Kebanyakkan size nat dan saiz kepala bolt ialah 12mm. Sebelum saya ada motor yamaha ss, sebelum ini saya guna yamaha rxz 135 dan yamaha tzm. Kesemuanya motorsikal terpakai, kira 2 stroke forever. hehehe. 

Berbalik kepada topik, saiz nat atau saiz kepala bolt 12mm, saiz ini akan selalu mudah loose (tidak dapat diketatkan kerana thread rosak) dan saiz 10 mm lagi lah senang loose. Mungkin zaman sekarang yang serba canggih lagi moden ini ada alat seperti torque wrench yang mana memang sangat-sangat membantu, tetapi alat khas ini, harganya mhl, yang murah pun cuma ada di flatform online seperti lazada dan shoppe. Kalau ada alat ini, kemungkinan besar stud bolt dan bolt tidak akan mudah loose, kerana diketatkan mengikut kekuatan yang sesuai(boleh laras mengikut keperluan).


Advertisements








Benda yang saya paling pobia ialah bila buka ekjos, bila pasang kemungkinan besar bolt atau stud bolt yang ikat ekjos dengan blok akan loose. Bila diketatkan dengan alang-alang, risau pula bocor(asap keluar), bila nak ketat kuat, risau bolt atau stud loose. Perkara ini akan menghantui kebanyakkan orang, bila dah loose, tambah kerja satu lagi. Umpama tikus baiki labu. hehehe. 

Untuk mengelakkannya, yang baru belajar tu, di nasihat buka ekjos pada keadaan enjin dah sejuk. Berhati-hati semasa mengetatkan bolt atau nat. Risiko loose akan dapat dikurangkan. Kalau foreman, mereka pakar dan banyak pengalaman. 

Kali ini saya guna hand taps brand SKC, pemilihan taps ni kebanyakan akan merugikan diri sendiri, itu lah, kerana nak repair sendiri, rugi beli saiz taps yang salah. Hahaha, benda macam ni lah aku paling pobia, jadi saya akan tunjuk kat korang cara nak beli saiz yang sesuai. Saiz ada banyak, ada jenis inci dan mm, kalau mm, kat sana tulis M8 dan sebagainya. Kalau size mm ini, saya tidak berapa pasti. Jadi, pastikan beli saiz 5/16 - 18 unc, 5/16 ialah saiz bolt dalam inci, 18 ialah 18 thread dalam 1 inci. 

Jangan salah beli pulak, contoh nya saya terbeli 5/16 - 24, memang tidak boleh guna, hahaha, kan dah rugi. Sebab nak cari nat atau bolt saiz 5/16 - 24 memang tidak jumpa. Lepas itu, pastikan kedai tersebut ada juga menjual bolt saiz 5/16, dan perlu di uji samada sesuai atau pun tidak. 

Contohnya ialah seperti dalam bulatan gambar di atas. Thread bolt dan thread hand tap memang sesuai, jadi boleh lah beli hand tap sekali dengan bolt, diingatkan sebelum membeli bolt, sukat dahulu panjang bolt yang diperlukan. Seperti dalam gambar di atas, saiz bolt adalah 5/16 x 1 3/4 inci. Memang ngam sangat. Untuk memastikan bahawa pemilihan saiz adalah tepat, pastikan saiz kepala bolt yang telah rosak (yang sebelum ini) adalah 12 mm, maksud nya guna spanner saiz 12 untuk menglonggarkan bolt tersebut, anda berada di landasan yang betul,hehehe. Kerana bolt dalam gambar di atas saiz kepala bolt adalah 13 mm. 
Pada gambar di atas ada 3 jenis, dari yang paling sedikit thread sehingga yang banyak thread, caranya ialah pertama sekali guna tap yang paling sedikit, kemudian pertengahan dan akhir sekali yang paling banyak. 
Ukur kedalaman dengan menggunakan screw driver supaya tidak terlebih kunci masa hand tap nanti.
Perlu diingatkan jangan kunci melebihi dari tahap yang telah si ukur, gunakan ketiga-tiga hand tap untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan pastikan hand tap di kunci tanpa tersekat-sekat. 

Setelah selesai tap thread, pastikan bolt dapat diketatkan dengan lancar tanpa tersekat-sekat. 
Setelah kesemuanya ok, boleh lah ketatkan, jangan masa ketatkan loose lagi. hahaha. Hati-hati semasa ketatkan. Selamat mencuba, kalau kurang yakin, hantar kedai ja, diorang akan caj lebih kurang bawah rm20, kalau tidak silap. Kalau cuba sendiri, sendiri dapat belajar dan pada masa akan datang, jadi lebih mahir sedikit demi sedikit. Sekian terima kasih.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Punca lampu signal tidak menyala.

Yamaha ss2 110cc, basic carburetor tuning Part 1

Tips untuk Menambah kelajuan dan Pecutan Yamaha ss2 110cc dengan bajet rendah.