Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Panduan dan tips tukar absorber racing yamaha ss2 110

Imej
Post kali ini saya akan berkongsi panduan dan tips menukar absorber yamaha ss2 110. Saya bukan mekanik atau pakar, saya akan menerangkan secara ringkas dan padat berdasarkan pengalaman saya. Seperti yang kita tahu, fungsi absorber ialah menyerap hentakkan dan menstabilkan motorsikal ketika melalui jalan yang tidak rata. Seperti telur dibalut dengan bubble wrap, di baling, berkemungkinan tidak pecah. hahaha. Contoh supaya mudah faham. hahaha. Macam tidak logik, tetapi logik juga. hehehe. Periksa samada absorber masih elok atau tidak. Pertama sekali yang perlu dilakukan ialah mempastikan dahulu bahawa absorber masih elok atau pun tidak, cara nya ialah dengan menguji motorsikal anda di atas permukaan jalan yang tidak rata, jika semasa pandu uji atau pun semasa rutin harian pergi dan pulang kerja, saya percaya keadaan permukaan jalan kita lebih kurang sama. hahaha. Apabila melalui jalan tersebut, jika eksober masih elok, motor tidak akan melambung dan stabil semasa melalui nya. Jika...

Panduan dan tips tukar pump brake belakang & brake bleeding proton saga flx/blm/sv,

Imej
Di post ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana tukar brake pump dan brake bleeding. Saya tidak menggalakkan orang baru belajar untuk terus tukar brake pump, nanti dah setengah jalan, putus asa, kereta terbengkalai, hehehe. Tepaksa panggil mekanik untuk sambung kerja yang terbengkalai.  Sebaliknya memadai tukar brake shoe atau bersihkan kotoran yang ada pada hub dan brake. Diy benda yang mudah dahulu, bila dah ada keyakinan tinggi, dan ada kelapangan serta mempunyai alat-alat yang diperlukan, boleh lah mulai. Pada pendapat saya, brake pump ini memang tahan lama, cuma yang menyebabkan brake tidak mencengkam ialah kotoran yang ada pada hub dan brake. Kotoran ini datangnya dari brake shoe yang bergeser dengan hub, apabila sampai satu tahap, kotoran banyak, kotoran itu lah yang akan mengurangkan geseran, menyebabkan brake kurang mencengkam, atau yang lebih mudah brake tak makan, hahaha. Jika brek pump ini jem atau bocor, perlu di ganti dengan kadar yang segera bagi mengelakka...

Cara mengatasi masalah skru blok ekjos loose

Imej
Entri kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai cara-cara untuk membaiki thread yang kebanyakkan nya pengguna motorsikal 2 stroke khususnya yamaha ss/ss2 110. Seperti yang sedia maklum, blok silinder motorsikal khususnya 2 lejang ataupun 2 stroke diperbuat daripada aluminium. Kebanyakkan size nat dan saiz kepala bolt ialah 12mm. Sebelum saya ada motor yamaha ss, sebelum ini saya guna yamaha rxz 135 dan yamaha tzm. Kesemuanya motorsikal terpakai, kira 2 stroke forever. hehehe.  Berbalik kepada topik, saiz nat atau saiz kepala bolt 12mm, saiz ini akan selalu mudah loose (tidak dapat diketatkan kerana thread rosak) dan saiz 10 mm lagi lah senang loose. Mungkin zaman sekarang yang serba canggih lagi moden ini ada alat seperti torque wrench yang mana memang sangat-sangat membantu, tetapi alat khas ini, harganya mhl, yang murah pun cuma ada di flatform online seperti lazada dan shoppe. Kalau ada alat ini, kemungkinan besar stud bolt dan bolt tidak akan mudah loose, k...

Cara print screen desktop, sangat mudah. Dengan menggunakan paint.

Imej
Saya akan berkongsi bagaimana nak print screen desktop dengan menggunakan print screen pada keyboard dan paint. Pertama sekali tekan tombol PrtSc seperti dalam gambar di atas, kedudukan tombol tersebut berbeza mengikut jenis keyboard. Tetapi fungsi nya tetap sama. Selepas itu, klik start dan cari 'paint', klik paint. Klik paste Tadaaa... Klik pada 'save as', erdapat pelbagai format yang sedia ada. Antaranya ialah .png , .jpeg dan sebagainya. format .jpeg adalah format yang selalu digunakan. Saya memilih format .jpeg. Lepas itu boleh lah memilih dir file, samada default location atau di dir lain. Rename mengikut kesesuaian masing-masing. Kesimpulannya banyak lagi cara-cara lain untuk print screen deskop. Bagi saya cara inilah yang paling mudah dan tanpa menggunakan perisian lain atau perisian berbayar. Advertisements

Cara-cara record desktop screen dengan menggunakan OBS studio.

Imej
Post kali ini adalah berkenaan dengan perihal merakam screen desktop dengan menggunakan software OBS Studio dengan percuma. Sebelum mulai, perisian OBS studio perlu di download terlebih dahulu. Pergi ke lawan web      www.obsproject.com    klik pada windows untuk pengguna windows. Download adalah secara automatik, tunggu sehingga habis dan perisian terus boleh digunakan. Setelah selesai download, klik OBS studio pada desktop, software tersebut akan keluar seperti di atas. Klik pada start recording, software akan mulai record screen. Seperti gambar di atas obs studio telah mulai record screen sehingga klik pada stop recording atau butang pause. Untuk mengetahui file location screen record tadi, klik pada setting dan klik tab output, semak pada recording path. Anda juga boleh menukar path mengikut kesesuaian masing-masing. Tadaa... dah pun jumpa.hehehe. File record tadi telah disimpan dalam format .mp4 anda boleh mengubah format...

Manfaat minyak kelapa dan cara-cara pembuatannya.

Imej
Saya ingin berkongsi cara-cara untuk mengekstrak minyak kelapa. Sebagaimana yang sedia maklum pokok kelapa adalah pokok seribu guna dan telah dipraktikkan dari zaman berzaman. Tidak ketinggal juga minyak kelapa, minyak kelapa diekstrak melalui santan kelapa tua. Cara untuk mengekstrak nya juga tidak memerlukan mesin khas dan boleh diekstrak di rumah. Minyak kelapa hampir tenggelam dek zaman dengan kemunculan minyak-minyak lain seperti minyak sawit, minyak zaitun dan sebagainya. Kegunaan minyak kelapa kebanyakkan di gunakkan untuk tujuan urutan tradisional, boleh juga digunakkan untuk menggoreng dan banyak lagi sampai saya sendiri pun tidak mengetahui nya, sesuai dengan nama gelaran pokok seribu guna.  Berdasarkan pengalaman saya, minyak kelapa adalah yang terbaik untuk melegakan sakit sendi, sakit otot dan salah urat. Orang awam yang tiada pengetahuan tentang urutan tidak di galakkan untuk mencuba urut sendiri, sebalik nya dinasihatkan untuk sapu sahaja, sekiranya gejala...

Punca lampu signal tidak menyala.

Imej
Lampu signal sangat penting untuk keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain nya. Lampu signal tidak menyala secara tiba-tiba dan sehari kemudian baru perasan, selalunya motor yang tidak keluar malam. hehehe. Kebanyakan orang akan melaluinya, termasuk saya sendiri.  Bebalik kepada topik, apabila lampu signal rosak, banyak faktor yang selalu akan menyebabkannya. Antara nya ialah signal relay dan mentol. Ini yang selalunya akan rosak. Sebelum mulai, sila pastikkan bateri pada keadaan yang terbaik. Maksud saya bila kunci pusing ke arah on, lampu neutral menyala, jadi itu bukan berpunca dari bateri. Jika berpunca dari signal relay kebiasaannya semua lampu signal tidak menyala,jika sebelah kiri atau kanan bahagian depan dan belakang tidak menyala kebiasaannya berpunca daripada litar pintas yang berpunca dari tapak mentol atau sambungan wayar tidak ketat atau putus dan sebagainya. Kerana bahagian depan dan belakang sebelah kiri tersambung jadi satu litar. Ga...

Tips untuk Menambah kelajuan dan Pecutan Yamaha ss2 110cc dengan bajet rendah.

Imej
Pada post kali ini saya akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan cara menambah kelajuan dan pecutan terutama motorsikal yamaha ss2. Seperti yang sedia maklum, top speed standart yamaha ss adalah dlm sekitar 120 km/j. Itu pun ikut meter motor, kalau dalam gps belum di pastikan lagi. Hehehe. Advertisements Ekjos Pastikan ekjos bebas arang. Minyak 2t adalah penyebab utama arang atau karbon. Apabila lebihan minyak 2t yang tidak terbakar sempurna, lama kelamaan arang akan terbentuk. Menyebabkan asap dan hasil dari kebuk pembakaran tidak dibuang sepenuhnya. Walaupun nampak seperti remeh,tetapi ini lah faktor utama motor loss power.  Gambar di atas ialah bahagian ekjos yang telah di bulatkan kemungkinan besar akan tersumbat. Cara nak pastikan bahawa tersumbat ke tidak ialah dengan cara mengetuk bahagian tersebut, jika bunyi padat, memang ada karbon lah. Caranya ialah dengan memotong bahagian tersebut dan buang arang kawasan tersebut, jika tida...