Slide needle carburetor.

Post kali ini saya akan menerangkan perihal slide needle yang ada pada kebanyakan carb yang ada di pasaran. Khusus untuk motorsikal yamaha ss2/ss 110 cc.
Gambar di atas adalah slide needle dari karburetor stock yamaha ss2. Seperti yang sedia maklum, ada 5 takuk untuk clip. Kebiasaannya, clip akan berada di tengah-tengah untuk stock karburetor.

Advertisements







Semasa tahun kegemilangan yamaha ss, slide needle ada terjual saiz yang belainan, sekarang susah nak cari, yang ada cuma standart saiz. Kemungkinan di indonesia masih ada terjual, yang mana di indonesia dikenali dengan F1,F1z dan F1zr. Kalau ikut slide needle pada carb jenama Ikk, slide needle nya lebih besar berbanding yang di atas. Maksud saya tebal dari yang di atas. 

Semakin tebal,semakin sedikit minyak akan melalui nya, begitu juga sebaliknya, semakin tajam slide needle semakin banyak minyak akan melalui nya. Clip dapat di alihkan ke takuk yang lain mengikut keperluan, tidak dapat di ubah sesuka hati. Sebaiknya clip di letakan di tengah kecuali sekiranya mainjet dan pilot jet telah di setting, sampai menemui jalan buntu. Barulah ubah kedudukan clip. 

Apabila clip di ubah ke bawah,maksudnya slide needle kedudukannya akan lebih tinggi dari yang sebelumnya, maksudnya lebih banyak minyak akan melalui nya atau lebih mudah istilah rich. Apabila clip diubah ke atas, kedudukan slide needle akan lebih ke bawah, maksd nya kurang minyak akan melalui nya ataupun lean. 

Situasi yang berlaku pada saya ketika ini ialah slide needle/jarum sangat tebal, clip pada kedudukan paling bawah pun masih kurang minyak, apabila 1/2 pulas throttle,bunyi enjin meraung, begegar dan macam nak pecah, hehe. Penyelesaian nya ialah besarkan saiz mainjet. Itu pun masih kurang sedap pecut. Silap-silap guna jarum yang lama sahaja. Hehehehe. Kalau nak asah jarum pun boleh juga, asah sikit-sikit sampai sesuai saiz. Tidak digalakkan asah dengan kertas pasir kasar kerana akan menyebabkan jarum telebih tajam dari yang sepatutnya, dan tidak boleh di gunakan. Asah dengan berhati-hati.
Gambar di atas adalah slide needle pada throttle valve. Bahagian slide needle dan mainjet lebih mudah di setting,kecuali bahagian pilot jet, bagi saya sangat sukar. Ini kerana carb,khususnya carb yamaha ss2, saiz kecil dan kepekaan nya tinggi, salah sikit, habis berubah semua. Nak kena cun2.
Gambar di atas adalah perbezaan antara slide needle carb mikuni dan ikk. Sebelah kiri adalah slide needle carb mikuni, sebelah kanan pula adalah slide needle carb ikk. Perbezaan yang amat ketara Jarum mikuni tajam bahagian bawah dan jarum ikk sangat tumpul. Kesimpulannya, saya tepaksa guna jarum mikuni ke carb ikk untuk mendapatkan hasil yang baik. Sekian dari saya, harap pembaca memahami apa yang saya sampaikan dan dapat diadaptasi dalam penalaan(setting) karburator. Post ini sesuai kepada sesiapa yang baru nak diy setting motor sendiri. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Punca lampu signal tidak menyala.

Yamaha ss2 110cc, basic carburetor tuning Part 1

Tips untuk Menambah kelajuan dan Pecutan Yamaha ss2 110cc dengan bajet rendah.