Yamaha 110 ss2, basic carburetor tuning part 2

sambung dari part 1

Setelah tanda trootle dgn nombor atau yang lebih mudah, pulas sampai 1/2 throttle(tak perlu hidup enjin), ingat posisi 1/2 throttle. Selalunya setting carb akan berubah apabila tukar ekjos racing, kecik kn sproket atau tambah dan sebagainya. Bila setting carb berubah, perlu di setting. Bayangkan kalau dah beli ekjos baru, niat nak tambah laju, tetapi motor loss power.

Lepas tu, boleh lah test motor, test di tempat yang sesuai, hati-hati, tidak digalakkan test motor hanya pulas throttle dlm keadaan motor statik, kerana ini akan menggangu jiran,he3 dan tidak berapa tepat kerana tiada beban.

Advertisements





Tidak perlu pulas sampai habis, selalunya motor akan loss power pada 3/4 throttle. Ini terjadi apabila kecikkan sprocket dan dan tukar ekjos racing, kerana apabila kecilkan sproket, terutama pda bahagian tayar, automatik daya pecutan akan bekurangan, kerana beban berat motor dan berat penunggang. selalunya pada 3/4 motor akan loss power dan kosong sampai full throtle, istilah kampung,madot. he3. bahaya kalau untuk memotong, memang tak lepas kalau memotong.

3/4 pusingan throttle adalah di mana main jet akan memainkan peranan. Bermaksud terlebih minyak, menyebabkan pembakaran tak complete. Api dari spark plug tidak cukup untuk membakar minyak. Nisbah api spark plug dan minyak harus seimbang.

Penyelesaian nya adalah, kecik kan saiz mainjet(mj). bkn mak janda ya. he3. Cth mj sedia ada 120, so kecikan ke mj saiz 115. Lepas tu test motor dgn konsep trial and error sampailah motor tidak ada loss power. Kalau boleh kecikkan dgn gandaan 5, baru hasil akan jadi lebih tepat.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan setting carb berubah, misalnya pada siang hari, cuaca panas, ini akan mempengaruhi pembakaran minyak dalam blok. So, motor akan kekurangan minyak, kalau lock full throttle jalan highway, kemungkinan motor akan akan jem panas. Digalakkan setting carb pada tengah hari. Kerana waktu ini lah kemungkinan besar motor akan jem panas. Kalau pada waktu malam, pagi dan lewat petang motor tidak akan mudah jem panas.

Kalau konvoi ada bawa pombonceng pun perlu setting carb, kalau tak, akan menyusahkan rakan-rakan lain kerana kena tinggal. he3.. Selalunya org akan setting kering sikit, sesuai untuk semua keadaan. Bergantung dengan berat pembonceng dan penunggang.

Ulasan

  1. Balasan
    1. ubah bla ejas/setting skru angin, misal kata dah abis kunci skru angin pun, masih kurang minyak, maksdnya pilot jet kecil. kna besarkan saiz. kalau dah longgarkan sampai skru nak tecabut, minyak telebih, pilot jet besar. perlu kcilkan saiz

      Padam
  2. Klu spark plag dh warna hitam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalunya kalau spark plug warna htm, tanda telebih minyak. kna setting carb supaya minyak dan ignition seimbang.

      Padam
  3. Salam bos..ss1 saya skg pakai blok saiz 2.00 pj25 mj115..adakah ianya sesuai

    BalasPadam
  4. Slm boss.nk tanya ss blok saiz 25 porting,carburator 125z,berpeluh,masalah apa yer?

    BalasPadam
  5. block 56mm pakai carb rxz mj pj std carb rxz
    Ok ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Punca lampu signal tidak menyala.

Yamaha ss2 110cc, basic carburetor tuning Part 1

Tips untuk Menambah kelajuan dan Pecutan Yamaha ss2 110cc dengan bajet rendah.