Cara kerja carburetor 2 stroke

Pada post kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas bagaimana proses kerja carb 2 stroke. Sebenarnya, kita perlu faham terlebih dahulu bagaimana proses kerja carb. Apabila dah faham perkara asas carb barulah kita dapat tuning carb dengan lebih baik. Tanpa melalui proses trial and error yang panjang(membazir beli spare yg tidak berkenaan, membazir masa bukak pasang). Lepas tu kena tipu sampai tukar carb baru, rebore blok dan sebagainya. Hasil tetap sama. Saya dah terkena. Hehehe.
Gambar di atas adalah stock carb yamaha ss. Ori atau tidak, saya pun tidak pasti. Konsep kerja karburetor adalah terpakai untuk semua jenis motor 2-t. Seperti yamaha rxz, yamaha 125z, yamaha tzm dan dan sebagainya. Sebelum mulai, saya akan menunjukkan komponen carb dengan menggunakan gambar,supaya lebih mudah faham.


Gambar di atas adalah throttle valve. Yang mana connect dengan kabel throttle. 
Gambar di atas adalah apabila motor dalam keadaan idle,pada bahagian air filter box.Pada throttle valve ada celah supaya udara dpt melalui nya, kalau xda udara, motor memang tidak dapat hidup. Pilot jet berfungsi penuh apabila enjin dalam keadaan idle.
Gambar ini pula adalah pada bahagian menuju ke reed valve, sama, ada celah kecil.
Gambar diatas adalah enjin dalam keadaan idle, slide needle tidak membenarkan minyak melalui mainjet. Minyak akan melalui pilot jet sahaja.
Gambar di atas adalah apabila throttle di pulas 1/2, slide needle berfungsi penuh pada 1/2 trottle. Minyak akan di sedut melalui mainjet, slide needle akan berfungsi sebagai valve. Berapa banyak minyak yg masuk di kawal oleh slide needle.
Gambar di atas adalah kedudukan needle jet pada 1/2 throttle. Tenggelam sedikit daripada idle. 
Gambar di atas adalah full throttle. Minyak akan disedut melalui main jet. Tanpa di halang oleh slide needle. Kemasukan minyak akan ditentukan oleh saiz mainjet.
Kedudukan slide needle lebih kedalam berbanding pada 1/2 throttle. Kemasukan minyak di kawal sepenuhnya oleh main jet. Semakin besar saiz mainjet, semakin byk minyak disedut melalui nya. Saya harap pembaca sekalian memahami apa yg sya kongsikan. Apabila dah memahami cara kerja carb, semakin mudah untuk menala(setting) carb. Kalau tak faham konsep, akan menjadi semakin sukar untuk setting carb.

Artikel yang berkaitan:





Advertisements





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Punca lampu signal tidak menyala.

Yamaha ss2 110cc, basic carburetor tuning Part 1

Tips untuk Menambah kelajuan dan Pecutan Yamaha ss2 110cc dengan bajet rendah.