Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Tips diet sihat

Imej
Di entri kali ini saya akan berkongsi tips dan panduan diet secara sihat. Saya akan berkongsi melalui pengalaman saya, dari sejak saya kecil lagi, saya tergolong dalam golongan berat badan berlebihan, ada 4 kateogori berat badan, iaitu berat badan kurang (underweight), ideal, berat badan berlebihan (overweight) dan obes. Tetapi apabila berusia 30 an, berat badan saya mulai mencecah kateogori obes. Sakit tapak kaki bahagian tumit menjadi faktor utama saya berusaha untuk menurunkan berat badan. Seumur hidup saya, saya telah diet sebanyak 4 kali, iaitu ketika saya berumur 16 tahun, 19 tahun, 27 tahun dan tahun 2020 ini saya masih dalam program diet dan berumur 34 tahun. hehehe.  Carian Pantas. Persediaan Tetapkan sasaran dan matlamat Berazam dan bertekad Mula Langkah pertama Langkah kedua Langkah ketiga Langkah keempat Langkah kelima Punca-punca kenapa selalu gagal Berhenti apabila tiada penurunan berat badan Cara senaman yang salah Sukar mengawal pemakanan ...

Cuci dan basmi kuman mesin basuh

Imej
Entri kali ini saya akan berkongsi bagaimana cara mencuci dan membasmi kuman pada mesin basuh. Di zaman kini mesin basuh amatlah penting, kerana ianya menjimatkan masa dan tenaga. Terdapat dua jenis mesin basuh, iaitu manual dan auto. Kedua-dua jenis saya sudah gunakan. Keduanya bergantung dengan kecukupan kehidupan seharian saya, sebelum berkahwin, mesin basuh manual menjadi pilihan saya, kerana saya tinggal sendirian serta pakaian dalam sehari kurang dari 10 helai, jadi mesin basuh manual amatlah sesuai bagi saya. Apabila mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang bayi yang comel, pakaian pun bertambah dan mesin basuh auto menjadi pilihan saya. hehehe. Dengan pakaian yang banyak, amat sesuai bagi saya menggunakan mesin basuh automatik, ianya menjimatkan masa dan tenaga.  Saya ingin berkongsi sedikit tips, seperti dapat diperhatikan dalam gambar, saya telah gunakan kepala paip jenis barb, adapter mesin basuh yang lama saya potong dan masukan hos ke kepala...

Mengatasi masalah brek drum jem

Imej
Kali ini saya akan berkongsi mengenai mengatasi masalah brek drum jem, seperti yang diketahui, hampir kesemua motorsikal dibawah 150 cc menggunakan sistem brek drum termasuk yamaha rxz 135, kecuali yamaha 125zr dan beberapa jenis motorsikal yang saya tidak sebutkan menggunakan sistem brek cakera. Kebiasaan brek drum digunakan pada tayar belakang, tetapi ada juga motorsikal yang mengunakan brek drum di bahagian depan dan belakang. Kereta juga menggunakan sistem brek drum, cuma mekanisme nya sahaja yang belainan, kereta menggunakan hydraulic manakala motorsikal menggunakan kabel. Tetapi asasnya tetap sama, iaitu masih menggunakan drum dan brek shoe. Fungsi brek drum Saya akan menerangkan secara ringkas berkenaan fungsi brek drum. Mengapa motosikal atau kereta masih menggunakan sistem brek drum, walaupun sistem brek drum agak ketinggalan zaman? Jawapannya ialah, sistem brek drum digunakan secara meluas kerana cengkaman brek nya sesuai dengan lebar permukaan tayar yang kecil. Sa...

Tips dan panduan mengatasi masalah sakit perut dan sembelit bayi.

Imej
Saya akan berkongsi tips dan pengalaman berkenaan mengatasi masalah sakit perut dan sembelit bayi. Saya percaya setiap ibu bapa akan menghadapi masalah ini, jika tiada masalah ini, anda seharusnya bersyukur, saya pun amat bersyukur, kerana setiap yang terjadi, ada hikmahnya. Moga para ibu bapa di luar sana dipermudahkan segala urusan. Saya bukanlah doktor atau pakar dan saya tiada latarbelakang dalam perubatan. Saya hanyalah ingin berkongsi kepada masyarakat di luar sana khususnya kepada para ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, semoga bermanfaat dan berguna sebagai panduan. Pada 28 Ogos 2016, lahirlah puteri sulung saya dan isteri, bayi perempuan yang sangat comel. Kehadiran bayi anugerah dari tuhan yang tidak ternilai, kami berdua berasa amat bersyukur. Bagai berada di taman syurga, hehehe, kegembiraan yang tidak terkata. Kisah ini bermula semasa anak kesayangan saya berumur lebih kurang 1 bulan lebih, seperti yang kita ketahui, khusus nya ibu bapa yang baru menimang caha...

Panduan dan tips tukar absorber racing yamaha ss2 110

Imej
Post kali ini saya akan berkongsi panduan dan tips menukar absorber yamaha ss2 110. Saya bukan mekanik atau pakar, saya akan menerangkan secara ringkas dan padat berdasarkan pengalaman saya. Seperti yang kita tahu, fungsi absorber ialah menyerap hentakkan dan menstabilkan motorsikal ketika melalui jalan yang tidak rata. Seperti telur dibalut dengan bubble wrap, di baling, berkemungkinan tidak pecah. hahaha. Contoh supaya mudah faham. hahaha. Macam tidak logik, tetapi logik juga. hehehe. Periksa samada absorber masih elok atau tidak. Pertama sekali yang perlu dilakukan ialah mempastikan dahulu bahawa absorber masih elok atau pun tidak, cara nya ialah dengan menguji motorsikal anda di atas permukaan jalan yang tidak rata, jika semasa pandu uji atau pun semasa rutin harian pergi dan pulang kerja, saya percaya keadaan permukaan jalan kita lebih kurang sama. hahaha. Apabila melalui jalan tersebut, jika eksober masih elok, motor tidak akan melambung dan stabil semasa melalui nya. Jika...

Panduan dan tips tukar pump brake belakang & brake bleeding proton saga flx/blm/sv,

Imej
Di post ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana tukar brake pump dan brake bleeding. Saya tidak menggalakkan orang baru belajar untuk terus tukar brake pump, nanti dah setengah jalan, putus asa, kereta terbengkalai, hehehe. Tepaksa panggil mekanik untuk sambung kerja yang terbengkalai.  Sebaliknya memadai tukar brake shoe atau bersihkan kotoran yang ada pada hub dan brake. Diy benda yang mudah dahulu, bila dah ada keyakinan tinggi, dan ada kelapangan serta mempunyai alat-alat yang diperlukan, boleh lah mulai. Pada pendapat saya, brake pump ini memang tahan lama, cuma yang menyebabkan brake tidak mencengkam ialah kotoran yang ada pada hub dan brake. Kotoran ini datangnya dari brake shoe yang bergeser dengan hub, apabila sampai satu tahap, kotoran banyak, kotoran itu lah yang akan mengurangkan geseran, menyebabkan brake kurang mencengkam, atau yang lebih mudah brake tak makan, hahaha. Jika brek pump ini jem atau bocor, perlu di ganti dengan kadar yang segera bagi mengelakka...

Cara mengatasi masalah skru blok ekjos loose

Imej
Entri kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai cara-cara untuk membaiki thread yang kebanyakkan nya pengguna motorsikal 2 stroke khususnya yamaha ss/ss2 110. Seperti yang sedia maklum, blok silinder motorsikal khususnya 2 lejang ataupun 2 stroke diperbuat daripada aluminium. Kebanyakkan size nat dan saiz kepala bolt ialah 12mm. Sebelum saya ada motor yamaha ss, sebelum ini saya guna yamaha rxz 135 dan yamaha tzm. Kesemuanya motorsikal terpakai, kira 2 stroke forever. hehehe.  Berbalik kepada topik, saiz nat atau saiz kepala bolt 12mm, saiz ini akan selalu mudah loose (tidak dapat diketatkan kerana thread rosak) dan saiz 10 mm lagi lah senang loose. Mungkin zaman sekarang yang serba canggih lagi moden ini ada alat seperti torque wrench yang mana memang sangat-sangat membantu, tetapi alat khas ini, harganya mhl, yang murah pun cuma ada di flatform online seperti lazada dan shoppe. Kalau ada alat ini, kemungkinan besar stud bolt dan bolt tidak akan mudah loose, k...

Cara print screen desktop, sangat mudah. Dengan menggunakan paint.

Imej
Saya akan berkongsi bagaimana nak print screen desktop dengan menggunakan print screen pada keyboard dan paint. Pertama sekali tekan tombol PrtSc seperti dalam gambar di atas, kedudukan tombol tersebut berbeza mengikut jenis keyboard. Tetapi fungsi nya tetap sama. Selepas itu, klik start dan cari 'paint', klik paint. Klik paste Tadaaa... Klik pada 'save as', erdapat pelbagai format yang sedia ada. Antaranya ialah .png , .jpeg dan sebagainya. format .jpeg adalah format yang selalu digunakan. Saya memilih format .jpeg. Lepas itu boleh lah memilih dir file, samada default location atau di dir lain. Rename mengikut kesesuaian masing-masing. Kesimpulannya banyak lagi cara-cara lain untuk print screen deskop. Bagi saya cara inilah yang paling mudah dan tanpa menggunakan perisian lain atau perisian berbayar. Advertisements